KAMPUS

2017


























2016













































 






 2015



Utusan Malaysia, 17 Ogos 2015


Sinar Harian, 2 Ogos 2015


Harian Metro, 1 Ogos 2015



Harian Metro, 9 Julai 2015


Harian Metro, 8 Julai 2015


Utusan Malaysia, 9 Apr 2015


NST , 6 Apr 2015


Sinar Harian, 30 Mac 2015



Utusan Malaysia, 30 Mac 2015



Utusan Malaysia, 30 Mac 2015



Harian Metro, 26 Mac 2015


Sinar Harian, 25 Mac 2015


Utusan Malaysia, 25 Mac 2015


  
Harian Metro, 24 Mac 2015

  
 

Utusan Malaysia, 20 Mac 2015



Utusan Malaysia, 19 Mac 2015


Utusan Malaysia, 17 Mac 2015








8 Januari 2015


2014


















































































































 



 

2013
 




  
 
 

 
 








































































2012










KUANTAN, 21 Nov -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua kiri) pada Majlis Penyerahan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) Dan Majlis Perasmian Kafe Siswa 1Malaysia di Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan, dekat sini, hari ini.Dengan adanya KADS1M ini dapat meringankan beban perbelanjaan pelajar-pelajar di kampus.
--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA




KUANTAN, 21 Nov -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua kiri) menyerahkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) kepada wakil pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Effra Fazlyana Mohd Zainudin pada Majlis Penyerahan KADS1M Dan Majlis Perasmian Kafe Siswa 1Malaysia di POLISAS Kuantan, dekat sini, hari ini.Dengan adanya KADS1M ini dapat meringankan beban perbelanjaan pelajar-pelajar di kampus.
--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA





KUANTAN, 21 Nov -- GEMBIRA... Pelajar-pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) ceria menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) pada Majlis Penyerahan KADS1M Dan Majlis Perasmian Kafe Siswa 1Malaysia di POLISAS Kuantan, dekat sini, hari ini.
Dengan adanya KADS1M ini dapat meringankan beban perbelanjaan pelajar-pelajar di kampus.
--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA










ARKIB : 15/11/2012

SEBAHAGIAN pelajar Polisas Kuantan yang menyertai kejohanan Duathlon Powerman Malakoff Asia 2012 di Putrajaya, baru-baru ini. 

Polisas Kuantan lakar sejarah sertai sukan lasak

KUANTAN 14 Nov. - Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), Kuantan melakar sejarah tersendiri dalam sukan lasak apabila penuntutnya berjaya menyertai Kejohanan Duathlon Powerman Asia Malakoff 2012 yang diadakan di Putrajaya pada 4 November lalu. Polisas menghantar dua kumpulan iaitu Kumpulan Turtle dan Kumpulan Polisas dengan diketuai Mohd. Syafarim Md. Ishak selaku jurulatih serta atlet untuk kejohanan tersebut.

Kumpulan Turtle dianggotai Mohd. Syafarim, Muhammad Syamim Mohd. Sharif dan Kamil Nasuha Abdul Rahman manakala Kumpulan Polisas dianggotai Mohd. Aiman Mahasan, Muhammad Zarif Ab. Latif dan Solahuddin Rozli. Mohd. Syafarim berkata, Polisas sentiasa komited membangunkan sukan aktiviti lasak dalam kalangan penuntutnya dan kejohanan tersebut merupakan pemangkin ke arah usaha tersebut. Dalam kejohanan itu katanya, Kumpulan Turtle dan Kumpulan Polisas berjaya menduduki tempat ke-25 dan ke-26 daripada 90 kumpulan yang bertanding.

"Biarpun kedudukan itu tidak berapa baik tetapi usaha yang telah ditunjukkan penuntut dalam kejohanan ini amat membanggakan," katanya. Beliau berkata, penyertaan dan penglibatan mereka dalam kejohanan tersebut memberi pengalaman yang begitu berharga. Katanya, Polisas merupakan satu-satunya wakil dari 30 politeknik di seluruh Malaysia yang menyertai sukan tersebut. "Biarpun tidak berjaya mencapai kedudukan yang memuaskan, namun percubaan ini amat membanggakan kami warga Polisas. "Apatah lagi kejohanan ini turut disertai pelbagai negara luar seperti Rusia, Belgium, Britain, Jerman dan Slovakia," katanya.


ARKIB : 13/11/2012
 

117 pelajar sertai Program Titian Kasih Politeknik D'Desa

KUALA TERENGGANU 12 Nov. - Seramai 117 pelajar dari tiga buah Politeknik bergabung menjayakan Program Titian Kasih Politeknik D' Desa bersama penduduk Kampung Bukit Wan Rakit dekat sini selama tiga hari yang berakhir hari ini. Selain pelajar Politeknik Kuala Terengganu yang menjadi anak angkat penduduk setempat, turut serta pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), Kuantan, Pahang dan Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak.

Para peserta yang menjadi anak angkat kepada 40 keluarga dilibatkan dengan pelbagai kegiatan bersama penduduk dan ia dijayakan hasil kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan. Pengarah politeknik tersebut, Radiah Che Su berkata, program Titian Kasih itu merupakan satu jenama bagi memperkukuhkan lagi program kemasyarakatan yang disediakan oleh Jabatan Pengajian Politeknik. Katanya, ini merupakan salah satu dalam usaha untuk mendekatkan golongan pelajar dengan pelbagai lapisan masyarakat dengan menyelami kehidupan mereka. "Ia juga adalah manifestasi semangat sukarelawan yang tinggi yang dijalankan para pelajar terbabit melalui pelbagai aktiviti yang disediakan oleh kami serta JKKK kampung ini.

"Semasa tinggal bersama keluarga angkat masing-masing, pelajar secara tidak langsung menjalani kegiatan seharian berasaskan kepada sosial ekonomi, budaya dan ruang lingkup kehidupan masyarakat," katanya ketika ditemui di majlis penutup program petang itu. Menurut Radiah, penduduk Kampung Bukit Wan mewarisi semangat gotong-royong yang tinggi sehingga memenangi pelbagai anugerah di peringkat negeri dan boleh dicontohi oleh pelajar sendiri. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat ketika berucap pada majlis tersebut berkata, program seumpama itu amat bersesuaian serta berguna terhadap generasi muda kerana ia banyak memberi manfaat tentang kehidupan komuniti di sebuah kampung.
"Menerusi program ini para pelajar akan membawa pulang pengalaman baru seperti kemahiran komunikasi, corak kehidupan masyarakat kampung dan mengeratkan lagi hubungan antara golongan pelajar dengan masyarakat terutamanya keluarga angkat masing-masing," ujarnya.


  

 

 

 

  

 

 

 07 October 2012 

NST Online

BASKETBALL: Defending champs USM fall to Polisas

DEFENDING champions, Universiti Sains Malaysia (USM) A suffered a setback in their quest to defend their title at the Deputy Higher Education Minister's Cup three-on-three basketball tournament at Universiti Malaysia Pahang (UMP) yesterday when they were beaten 12-10 by a young side from Kuantan's Sultan Haji Ahmad Shah Polytechnic (Polisas).


Led by skipper, Yin Shen Hao, the Penang-based university took the lead on several occasions and showed maturity in their game but paid a heavy price for their lapse of concentration in the final quarter of the match.Yin said he and his teammates will have to beat host, UMP A in their second group fixture today with a comfortable margin to avoid going home early.

In the girl's category, USM B, inspired by a brilliant performance by 21-year-old Lee Jia Ying marched into the second round of the tournament after they outclassed Universiti Teknologi Mara(UiTM) 7-2. A total of 101 teams from 29 higher learning institutions are participating in the three-day competition, which ends today.

Offering a total prize money of RM18,000, the winners at the tournament will contribute to their respective universities medal tallies at the upcoming Malaysian Institutions of Higher Learning Games (SUKIPT), which will be held between Oct 28 and Nov 11. By T.N. Alagesh


BASKETBALL: Defending champs USM fall to Polisas


DEFENDING champions, Universiti Sains Malaysia (USM) A suffered a setback in their quest to defend their title at the Deputy Higher Education Minister's Cup three-on-three basketball tournament at Universiti Malaysia Pahang (UMP) yesterday when they were beaten 12-10 by a young side from Kuantan's Sultan Haji Ahmad Shah Polytechnic (Polisas).

Led by skipper, Yin Shen Hao, the Penang-based university took the lead on several occasions and showed maturity in their game but paid a heavy price for their lapse of concentration in the final quarter of the match.


Read more: BASKETBALL: Defending champs USM fall to Polisas - Other - New Straits Times http://www.nst.com.my/sports/other/basketball-defending-champs-usm-fall-to-polisas-1.153520#ixzz2DIWiahnZ
DEFENDING champions, Universiti Sains Malaysia (USM) A suffered a setback in their quest to defend their title at the Deputy Higher Education Minister's Cup three-on-three basketball tournament at Universiti Malaysia Pahang (UMP) yesterday when they were beaten 12-10 by a young side from Kuantan's Sultan Haji Ahmad Shah Polytechnic (Polisas).

Read more: BASKETBALL: Defending champs USM fall to Polisas - Other - New Straits Times http://www.nst.com.my/sports/other/basketball-defending-champs-usm-fall-to-polisas-1.153520#ixzz2DIWY7xTT

DEFENDING champions, Universiti Sains Malaysia (USM) A suffered a setback in their quest to defend their title at the Deputy Higher Education Minister's Cup three-on-three basketball tournament at Universiti Malaysia Pahang (UMP) yesterday when they were beaten 12-10 by a young side from Kuantan's Sultan Haji Ahmad Shah Polytechnic (Polisas).

Read more: BASKETBALL: Defending champs USM fall to Polisas - Other - New Straits Times http://www.nst.com.my/sports/other/basketball-defending-champs-usm-fall-to-polisas-1.153520#ixzz2DIWY7xTT
DEFENDING champions, Universiti Sains Malaysia (USM) A suffered a setback in their quest to defend their title at the Deputy Higher Education Minister's Cup three-on-three basketball tournament at Universiti Malaysia Pahang (UMP) yesterday when they were beaten 12-10 by a young side from Kuantan's Sultan Haji Ahmad Shah Polytechnic (Polisas).

Read more: BASKETBALL: Defending champs USM fall to Polisas - Other - New Straits Times http://www.nst.com.my/sports/other/basketball-defending-champs-usm-fall-to-polisas-1.153520#ixzz2DIWY7xTT
DEFENDING champions, Universiti Sains Malaysia (USM) A suffered a setback in their quest to defend their title at the Deputy Higher Education Minister's Cup three-on-three basketball tournament at Universiti Malaysia Pahang (UMP) yesterday when they were beaten 12-10 by a young side from Kuantan's Sultan Haji Ahmad Shah Polytechnic (Polisas).

Read more: BASKETBALL: Defending champs USM fall to Polisas - Other - New Straits Times http://www.nst.com.my/sports/other/basketball-defending-champs-usm-fall-to-polisas-1.153520#ixzz2DIWY7xTT

 

 

 
































ARKIB : 01/08/2012

Polisas adakan Kempen Kibar Jalur Gemilang


Sebahagian warga Polisas pada majlis Pelancaran Kempen Jalur Gemilang di Kuantan, baru-baru ini.
KUANTAN 31 Julai - Sempena sambutan bulan kemerdekaan ke-55 Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sini, turut mengambil inisiatif mengadakan Kempen Kibar Jalur Gemilang di peringkat institusi pengajian tinggi itu.
Kempen tersebut dilancarkan Pengarah Polisas, Datuk Abu Bakar Ahmad bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara di kalangan warga Polisas seterusnya menghargai dan mempertahankan kedaulatan negara.
Menurutnya, program patriotisme seperti itu membuktikan Polisas sentiasa komited menyokong hasrat kerajaan bersama-sama meraikan sambutan hari kemerdekaan negara.
"Ia juga pendekatan dan platform yang baik bagi menyuburkan semangat patriotisme dalam diri masing-masing serta masyarakat lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan kakitangan Polisas di sini baru-baru ini.
Majlis di Dewan Seminar Kokurikulum itu turut dihadiri Timbalan Pengarah (Akademik), Mohamad Isa Azahari, ketua-ketua jabatan serta 400 warga institusi berkenaan.
Selain itu, sebagai simbolik pelancaran, Abu Bakar menyerahkan bendera kepada tujuh ketua jabatan sambil dimeriahkan dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang, ikrar perkhidmatan awam serta sumbangan kurma sempena Ramadan.
Sementara itu, Pegawai Unit Pengurusan Latihan Industri, Akmaruljehan Samiun berharap, semangat patriotisme tidak hanya wujud pada bulan kemerdekaan tetapi perlu diterap dalam diri setiap warga Polisas khususnya dan rakyat Malaysia amnya.Utusan Online : Arkib: 1 Ogos 2012





25/07/2012

Polisas doa kejayaan atlet negara di Olimpik 2012

KUANTAN 24 Julai - Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas) di sini, baru-baru ini menganjurkan Majlis Munajat Olimpik sempena Sukan Olimpik 2012 London yang akan bermula 27 Julai hingga 12 Ogos manakala Sukan Paralimpik yang akan berlangsung di lokasi sama dari 29 Ogos hingga 9 September.Bertempat di Masjid Saidina Othman, Polisas, majlis yang mendapat kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) itu turut diadakan sempena kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di negeri ini yang berakhir 16 Julai lalu.

Sempena temasya sukan terbesar negara itu, Polisas melakar sejarah tersendiri apabila dipilih penganjur sebagai lokasi bagi pertandingan memanah dan perkampungan sukan.
Pengarah Polisas, Datuk Mejar (K) Abu Bakar Ahmad berkata, MSN mengambil inisiatif melaksanakan majlis munajat itu bagi mendoakan kejayaan atlet negara di Sukan Olimpik.
Beliau berkata, Polisas merupakan lokasi ke-10 dan terakhir dalam siri jelajah munajat tersebut di seluruh negara.

"Polisas sentiasa memberikan kerjasama dan tidak melupakan tanggungjawab dan khidmat sosial kepada masyarakat sejajar dengan peranan kami sebagai sebuah pusat pengajian tinggi."Kami, seluruh warga Polisas mendoakan kejayaan atlet-atlet negara di Sukan Olimpik, London," katanya dalam kenyataan di sini. Majlis munajat itu dihadiri Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkeples Embong dan Setiausaha Kehormat Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia, Datuk Abd. Hamid Hasan. Turut hadir, pegawai-pegawai kanan MSN serta warga Polisas.
Utusan Online : 25 Julai 2012










1,263 pelajar daftar di Polisas

PARA penuntut baru menyanyikan lagu Polisas pada Minggu Suai Kenal di Dewan Makmur institut itu, baru-baru ini.
KUANTAN 24 Julai - Seramai 1,263 penuntut baru mendaftar bagi sesi pengajian di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sini, bagi sesi kemasukan Jun tahun ini yang merupakan pengambilan pelajar terbesar di pusat pengajian tersebut kali ini.

Proses kemasukan pelajar Polisas pada awal Jun lalu terpaksa ditangguhkan berbanding politeknik lain di seluruh negara berikutan memberi laluan kepada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang menjadikan Polisas sebagai gelanggang acara memanah. 

Sehubungan itu, majlis Minggu Suai Kenal (MSK) dianjurkan selama tiga hari bermula 20 Julai lalu yang dirasmikan oleh Pengarah Polisas, Datuk Abu Bakar Ahmad baru-baru ini. Baca Lagi....

 












8 Julai 2012
Polisas dipilih sebagai perkampungan atlet, pegawai  

Nik Amirulmu’Min Nik Min

Wan Rosdy bertanyakan sesuatu kepada Ketua Kontinjen Brunei, Mohd Amirrizal.
 KUANTAN - Pahang selaku tuan rumah Temasya Sukan Malaysia (Sukma) XV yakin segala kemudahan termasuk penginapan dan sajian untuk atlet adalah yang terbaik.

Pengerusi Jawatankuasa Perkampungan Sukan, Penginapan dan Sajian Sukma XV, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemilihan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) sebagai perkampungan sukan untuk  Sukma XV kali ini tepat dan sesuai dengan faktor logistik.
Menurutnya, selain mampu menampung lebih 2,000 atlet dari semua kontinjen termasuk pegawai, pemilihan Polisas juga mengambil kira kedudukannya yang strategik.

“Dari sini semua atlet yang mengambil bahagian dapat tiba ke venue pertandingan tepat pada masanya tanpa sebarang masalah lalu lintas.

“Kita mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang yang menyediakan anggota trafik untuk mengiringi atlet ke venue, selain memastikan setiap pergerakan dari perkampungan sukan itu berjalan lancar,” katanya.

Beliau ditemui selepas hadir merasmikan Perkampungan Sukan Sukma XV mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob di Polisas, di sini, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Wan Mohamad Wan Mahussin; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Sukma Pahang,
Ahmad Hairi Hussain dan  barisan Exco Kerajaan Negeri.

Wan Rosdy berkata, selaku tuan rumah, Pahang juga amat menitikberatkan aspek penyediaan makanan kepada semua atlet yang berkampung di perkampungan sukan itu.

Menurutnya, menu sajian yang disediakan bersesuaian dengan keperluan atlet, namun dari aspek kepuasan atau selera ia agak subjektif.

Sementara itu, Zolkples berkata, beliau berpuas hati dengan persediaan tuan rumah dalam penganjuran Sukma kali ini termasuk penyediaan venue dan gelanggang pertandingan yang berkualiti.

Menurutnya, tidak dinafikan akan berlaku beberapa kelemahan dalam setiap penganjuran, namun semua itu bukan satu isu besar sebaliknya ia berjaya diatasi dengan cara baik.

Beliau juga berpuas hati dengan mutu pengadilan beberapa acara sukan subjektif termasuk karate yang membuka tirai pertandingan beberapa hari lalu.

“Setakat ini kita lihat mutu pengadilan amat baik dan telus serta tidak lebih memihak kepada atlet tuan rumah,” katanya.
Sinar Harian Online : 8 Julai 2012






Utusan Malaysia : 13 Jun 2012





 05/06/2012
Anak bekas pelombong terima Anugerah Pengarah Polisas

Mohd. Sharkar Shamsudin menyampaikan Anugerah Pengarah Polisas kepada Muhammad Shafiqail Rruddin Rani yang turut ditemani ibu dan kakaknya, Maznah Jusoh dan Rohanita Rani sempena Majlis Konvokesyen Polisas ke-33 di Dewan Jubli Perak, Kuantan, baru-baru ini.
KUANTAN 5 Jun - Muhammad Shafiqail Rruddin Rani, 21, dari Sungai Lembing di sini tidak menyangka akan dipilih sebagai penerima Anugerah Pengarah Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas) sempena majlis konvokesyen Polisas ke-33 di Dewan Jubli Perak di sini baru-baru ini.
Anak bongsu kepada bekas pelombong itu kelihatan gembira dan teruja apabila ditemani ibu, Maznah Jusoh, 60, dan kakak, Rohanita Rani, 37, menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin.




Berita Harian: 4 Jun 2012



30/05/2012
Kursus induksi dedahkan kakitangan baru kenali budaya kerja di Polisas

Pegawai dan kakitangan baru Polisas menyertai kursus induksi untuk mereka di institut tersebut di Kuantan, baru-baru ini.
KUANTAN 29 Mei - Berada di tempat baru sudah semestinya memerlukan tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman bagi membolehkan suasana ditempat kerja menjadi lebih mesra dan harmoni. Menyedari kepentingan itu, pengurusan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sini menganjurkan Kursus Induksi Kakitangan Baru selama tiga hari bermula 23 Mei lalu di institut tersebut. Menurut Ketua Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), Shahrul Nizam Mohamed, kursus yang dianjurkan itu untuk memberi pendedahan khusus kepada kakitangan baru mengenai budaya kerja di Polisas. Katanya, ia bertujuan memperkenalkan visi, objektif dan hala tuju politeknik tersebut selain memberi penjelasan mengenai sistem pentadbiran, peraturan, pendedahan dan memupuk budaya kerja cemerlang di kalangan warga Polisas. "Program seumpama itu dapat mengeratkan silaturahim antara pihak pengurusan dan kakitangan baru. Semua peserta diharap memahami budaya kerja di sini dan bersama menjayakan transformasi politeknik," katanya di sini baru-baru ini.

Kursus berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Akademik) Polisas, Mohamad Isa Azhari. Shahrul Nizam berkata, mereka juga diberi penekanan terhadap penyaluran maklumat dan pembinaan sahsiah diri di kalangan kakitangan baru. Katanya, mereka diberi taklimat berkaitan hala tuju dan transformasi politeknik, etika kerja, tanggungjawab dan peraturan kakitangan awam, pengurusan dan sokongan akademik serta peranan unit yang terdapat di situ. Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Rosnani Ahmad yang baru memulakan tugas di situ berkata, kursus tersebut dapat membantunya memahami struktur pentadbiran dan peranan unit ke arah menjayakan misi serta visi Polisas.





 30/05/2012
Aman Kampus beri banyak manfaat




The Star: 16 Mei 2012



Utusan Malaysia, 2 Mei 2012
 Utusan Online : 2 Mei 2012 (Wilayah Pahang)





21/03/2012
Polisas cemerlang pertandingan robot
Peserta Polisas bergambar bersama mock-up cek yang dimenangi pada Pertandingan Robot Antara Universiti Malaysia di Unimap, baru-baru ini. 
KUANTAN 20 Mac - Kelab Robosas Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) muncul juara kategori rope climbing pada Pertandingan Robot Antara Universiti Malaysia (MUROC) di Universiti Malaysia Perlis (Unimap), baru-baru ini. Kelab Robosas berjaya mengalahkan 42 pasukan lain pada pertandingan yang diadakan selama tiga hari bermula 24 Februari lalu.

Kemenangan itu diraih oleh penuntut dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik iaitu Mohd. Najme Da, 22, Muhammad Hedheer Md. Yusoff, 21, Nur Rina Zafirah Abd. Rahim, 21 dan Nur Izzati Nurhalim, 19. Mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 beserta piala kejohanan. Sementara tu, Mohd. Najme selaku ketua kumpulan berkata, mereka mengambil masa selama dua bulan bagi mencipta robot berkenaan bermula awal Januari lalu.

Katanya, model pertama robot ciptaan mereka menemui kegagalan kerana tidak dapat berfungsi dengan sempurna seperti kurang ketahanan dari segi struktur dan reka bentuk yang tidak selari dengan arus motor pada robot berkenaan. Bagaimanapun katanya, kegagalan itu tidak melemahkan semangat mereka untuk terus melakukan pengubahsuaian dan ujian sebanyak 10 kali sehingga mereka berpuas hati.

Penasihat projek itu pula, Hasrul Che Shamsuddin berkata, kelebihan robot ciptaan penuntutnya adalah kerana faktor reka bentuk mekanikal dan mempunyai kadar kelajuan yang konsisten bagi melengkapkan permainan semasa pertandingan. "Semangat, kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh para penuntut ini untuk meneroka dunia robotik membanggakan kami. Sebagai tenaga pengajar kami sentiasa memberi galakan kepada pelajar untuk mengetengahkan kebolehan dan bakat yang mereka ada," katanya.





Berita Harian     1 Mac 2012



Utusan Malaysia, 15 Februari


Sinar Harian 5 Februari 2012



Sinar Harian 4 Feb 2012



Sinar Harian 4 Feb 2012



Berita Harian 26 Januari 2012


Berita Harian 19 Januari 2012


Berita Harian 19 Januari 2012

Haria Metro 19 Januari 2012






Berita Harian 17 Januari 2012

Utusan Malaysia 18 Januari 2012

Utusan Malaysia 11 Januari 2012

Utusan Malaysia 11 Januari 2012

Berita Harian 6 Januari 2012

Berita Harian 30 Disember 2011

Sinar Harian 20 Disember 2011

Sinar Harian 9 Nov 2011

Utusan Malaysia 2 Nov 2011

Berita Harian 20 Oktober 2011
  
Berita Harian 20 Oktober 2011
  
Utusan Malaysia : 19 Oktober 2011








TAHNIAH!
PERTANDINGAN PAM ANNUAL ARCHITECTURE STUDENT WORKS EXHIBITION 2011
 Pameran PAM Annual Architecture Student Works Exhibition 2011 telah diadakan pada  9 Oktober 2011 di Ruang Legar One Utama Kota Damansara, Kuala Lumpur di bawah anjuran Pertubuhan Arkitek Malaysia.  


Pasukan Diploma Seni Bina Semester 5  telah berjaya dalam pertandingan ini dengan menjadi Naib Juara manakala juara telah dirangkul oleh Taylors University. Bagi penganugerahan sijil PAM CIS Best Student Awards pula pelajar dari Diploma Seni Bina Semester 6, iaitu Siti Zahidah Ammarah bt. Abd. Manaf telah terpilih.  
Tunggak Belakang kejayaan           
Diploma Seni Bina 5 En. Marjohan Muhammad  dan En. Khairuddin Jaafar (tidak digambar                                      En. Mohd Rizal Khatib)


“Installation’ Pameran dari Program Seni Bina  POLISAS yang menjadi naib juara  pertandingan PAM ANNUAL ARCHITECTURE STUDENT WORKS 2011 .

PAM CIS Best Student Awards :
Siti Zahidah Ammarah Abd. Manaf  meraikan kejayaan             
dengan Penasihat Akademik Cik Julia Md Tukiran
   Ketua Pasukan DSB 5 Mohd Amir  b
                 Mohd Aris  bersama Ketua Program Seni Bina Cik Radziah Hashim..    


Sumber : Pn.Radziah binti Hashim, Ketua Program Seni Bina,JK, 13 Oktober 2011




Sinar Harian: 5 Oktober 2011


Sinar Harian : 4 Oktober 2011


Sinar Harian: 3 Oktober 2011


24/08/2011
Fast and Furious juara kereta solar


ANGGOTA kumpulan Fast and Furious beraksi dalam pertandingan kereta solar berskala kecil anjuran Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di Kuantan, baru-baru ini.



KUANTAN 23 Ogos – Kumpulan Fast and Furious menjuarai kesemua kategori dalam pertandingan Kereta Solar Berskala Kecil anjuran Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), di sini baru-baru ini.
Kumpulan yang disertai lima pelajar itu terdiri daripada Esa Lewis Anthony Jery, 21, Muhamad Saiful Azis, 21, Mohamad Akmar Roslan, 22, Muhamad Farhan Mohd. Akhir, 21, dan Mohamad Fazrin Mohd. Noor, 21, memenangi kategori reka bentuk dan kategori perlumbaan. Baca Lagi....

0 comments:

Post a Comment