Program "Jom Baca Bersama 10 Minit 2019"

Semua yang berkelapangan dijemput hadir ke perpustakaan bagi memeriahkan lagi program ini

Perpustakaan POLISAS

Bilik Diskusi, Aras 2

Perpustakaan POLISAS

Ruang Santai Majalah dan Surat Khabar, Aras Bawah

Minggu Peperiksaan @ Perpustakaan Free Coffee@Coffee Corner

Aktiviti Minggu Peperiksaan 2019, 8 April Hingga 26 April 2019



INTER POLYTECHNICS PARLIAMENTARY DEBATE AND ELOCUTION CONTEST 2013
POLISAS akan menganjurkan Pertandinga Debat B.Inggeris 'Ala Parlimen' Peringkat Antara Politeknik seluruh Malaysia bermula 12 hingga 15 September 2013 bertempat di Dewan Sri Makmur, POLISAS.

Majlis Pertandingan Akhir akan disempurnakan oleh YBhg. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 15 September 2013 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tghr
Tempat : Dewan Sri Makmur, POLISAS


Sehubungan itu, semua Warga POLISAS dan pelajar-pelajar dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut.

PERKHIDMATAN KOTAK PEMULANGAN BUKU (‘BOOK DROP’)



Pemulangan dan Sumbangan Buku
Pengguna Perpustakaan kini boleh memulangkan buku diluar waktu perkhidmatan perpustakaan melalui kotak pemulangan buku (‘book drop’) yang disediakan diruang foyer perpustakaan tanpa berurusan di kaunter. Sumbangan buku juga boleh dibuat di sini. (gambar)

*Denda Lewat Pulang Buku
Sila kembalikan buku yang dipinjam sebelum tamat tempoh untuk mengelakkan didenda . Bagi buku yang telah tamat tempoh, status peminjam akan digantung ‘suspended’ sehingga pembayaran denda dilakukan di Kaunter.

Kakitangan Perpustakaan akan mengemaskini  rekod pinjaman pengguna setiap hari.

SUDUT BACAAN & PAMERAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2013
Sukacita dimaklumkan bahawa bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 dan Hari Malaysia, Unit Perpustakaan akan mengadakan sudut bacaan dan bahan pameran buku-buku pengkisahan negara. Disamping itu juga, Kuiz Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2013 turut akan diadakan di ketetapan berikut:

Tarikh        :        27 Ogos  hingga 16 September 2013
Masa         :        8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat      :        Aras Tengah, Perpustakaan


Soalan kuiz, terma dan syarat penyertaan boleh didapati melalui poster atau brosur yang dilampirkan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 13 September 2013. Borang pertandingan [KLIK DISINI]



BENGKEL MANUAL PROSEDUR KERJA
29 - 30 Mei 2013
Kakitangan Unit Perpustakaan POLISAS telah menghadiri Bengkel Manual Prosedur Kerja (MPK) bertempat di Bilik Mesyuarat, Unit Perpustakaan pada 29 – 30 Mei lalu.
Bengkel dua hari itu dikendalikan oleh Ketua Unit Perpustakaan dan Pustakawan. Bengkel tersebut bagi  merekodkan semua prosedur dan peraturan untuk dijadikan rujukan rasmi disamping mewujudkan keseragaman dalam cara menjalankan kerja.