Aktiviti

                                            
 2017
  
 
 
 
 
 
 
 
 2016
  KEMPEN DERMA BUKU 2016
Satu siri kempen menderma buku telah dilancarkan bermula 1 September hingga 30 September 2016 bertujuan untuk memberi peluang kepada warga POLISAS menyumbang dan berkongsi bahan bacaan di kalangan pengguna perpustakaan.
 
SUDUT PAMERAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA 2016
  
 
PERTANDINGAN FOTO-DEKA SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA 2016
 
 
 

 
 
 
Pertandingan DEKA-RAYA telah diadakan bermula 24 Ogos hingga 16 September 2016. Unit Perpustakaan menyediakan PhotoBooth untuk para peserta melakarkan kreativiti melalui gambar yang diambil dan di muatnaik dalam laman Instagram #librarypolisasmerdeka2016
  
 
  PROGRAM PENDIDIKAN PENGGUNA SESI JUN - JUL 2016



Sesi Program Pendidikan Pengguna kemasukan JUN 2016 telah diadakan bermula 27 Jun hingga 25 Julai 2016.
 
   
 
   
Program #MalaysiaNgaji 1 Jam bersama @ POLISAS dan Tadabbur Al-Quran pada 29 Jun 2016/ 24 Ramadan 1437 H
Program #MalaysiaNgaji @ POLISAS dan Tadabbur pada 29 Jun 2016/ 24 Ramadan 1437 H oleh Unit Perpustakaan dengan Kerjasama Pusat Islam POLISAS (bimbingan Ustaz Saiful Nizam bin Mukhtar)










 
#MalaysiaNgaji#JomNgaji 1Jam Bersama@POLISAS

 
#MalaysiaNgaji#JomNgaji@POLISAS
 
 
 
  
 
 
 
                                      
 Audit Pematuhan OSHA 18001:2007 & MS 1722:2011 
pada 11-12 Jan 2016

  
 
2015
 








BENGKEL PEROLEHAN MANUSKRIP : PENERBITAN BERPAKEJ DBP




 
 
PROGRAM 'JOM BACA BERSAMA' SELAMA 10 MINIT.





PESTA BUKU POLISAS 2015
 
Pameran dan Jualan Buku @Pesta Buku POLISAS telah diadakan dari 16 hingga 19 Mac 2015 di Foyer Perpustakaan





 2014









Lawatan Kerja  Pengoperasian Sistem Perpustakaan KOHA di PKB  5 - 6 Feb 2014













 2013


Lawatan 40 Peserta Bengkel Asas Penyelenggaraan dan Penjilidan Bahan Perpustakaan Kementerian Kesihatan Malaysia. 
26 September 2013
Lawatan 40 orang peserta Bengkel Asas Penyelenggaraan dan Jilidan Bahan Perpustakaan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia
 
 
Sudut Bacaan & Pameran Kemerdekaan dan Hari Malaysia
27 Ogos - 16 September 2013
 
 

 Majlis Penyerahan Hadiah Pemenang Kuiz Kemerdekaan 
10 Oktober 2013 
 
Majlis penyerahan hadiah pemenang Kuiz Kemerdekaan yang diadakan pada 10 Oktober 2013,di mana hadiah tempat pertama hingga ke-4 disediakan beserta hadiah saguhati. Jumlah keseluruhan penyertaan adalah seramai 40 orang
 
 Program Pendidikan Pengguna Sesi Jun 2013
10 - 17 Julai 2013
 
Minggu Pendaftaran Pelajar Sesi Jun 2013
20 - 21 Jun 2013
 
Pameran Sains dan Teknologi & Pameran AntiDadah 2013
  5 - 6 Mac 2013
 
 
 
 
 
 
 
 
Sekitar Lawatan AUDIT PEMATUHAN AKREDITASI PROGRAM oleh Panel Penilai MQA 2013
 5 - 6 Mac 2013
 
Pesta Buku POLISAS 2013
  20 - 22 Februari 2013
 
PROSES PELUPUSAN BUKU 2013
Pada 2 Februari 2013, Perpustakaan POLISAS telah menjalankan proses pelupusan buku setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Arkib Negara Malaysia (Caw. Pahang).
Proses Penyenaraian Buku untuk Pelupusan
Anugerah Perpustakaan Paling Aktif Melaksanakan Program Galakan Membaca 2011
Pada  4 – 6 November 2012 yang lalu, Mesyuarat Ikhtisas Perpustakaan Gunasama Kumpulan Pengurusan dan Profesional 2012 telah diadakan  di Hotel Horizon, Kota Kinabalu Sabah. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua pustakawan yang berkhidmat di semua jabatan/kementerian di seluruh Malaysia. Mesyuarat yang dijalankan sekali dalam tempoh setahun ini telah memberi peluang kepada setiap anggotanya untuk bertukar ide, pandangan dan berkongsi pengetahuan serta permasalahan di dalam setiap pertemuan yang diadakan.

Bersempena dengan mesyuarat yang telah dijalankan, Perpustakaan Negara Malaysia telah memberi pengiktirafan kepada perpustakaan terpilih untuk mendapat  Anugerah Perpustakaan Paling Aktif Melaksanakan Program Galakan Membaca 2011. Perpustakaan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah merupakan salah satu perpustakaan yang turut diberikan pengiktirafan tersebut.



Pn. Hasnita Zakaria, Pustakawan S44 sedang menerima anugerah berupa plak dan sijil penghargaan yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Dato’ Raslin Bin Abu Bakar.


Perpustakaan-perpustakaan lain yang turut menerima Anugerah Perpustakaan Paling Aktif 2011 bergambar bersama Dato' KP PNM



Perpustakaan-perpustakaan lain yang turut menerima Anugerah Perpustakaan Paling Aktif Melaksanakan Program Galakan Membaca 2011 ialah seperti berikut :
i)             Perpustakaan Jabatan Peguam Negara 
ii)  Perpustakaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri(MITI) 
iii)         Perpustakaan Politeknik Seberang Perai (PSP) 
iv)         Perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) 
v)           Perpustakaan Politeknik Merlimau Melaka (PMM) 
vi)         Perpustakaan Politeknik Mukah Sarawak (PMS) 
vii)       Perpustakaan Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang 
viii) Perpustakaan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) 
ix)          Perpustakaan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
         

Anugerah yang diberikan adalah sebagai galakan dan dorongan kepada setiap perpustakaan untuk melaksanakan aktiviti galakan membaca kepada pengguna perpustakaan.
  
 
Majlis Jamuan Perpisahan Pelajar Praktikal
     Pada  14 September 2012 (Jumaat), bertempat di Bilik Mesyuarat Unit Perpustakaan  telah diadakan majlis jamuan perpisahan pelajar praktikal  yang telah menjalani Latihan Industri Pelajar bagi Kursus Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat & Pengurusan Pusat Sumber, dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM . 
   Mereka adalah Siti Nor Qamariah Bt Ismail, Faridah Bt Ahmad,  Azlina Bt Ahmad  dan Norzura Bt Ghani yang telah memulakan latihan tersebut bermula 23 Julai 2012 sehingga 20 September 2012. Semoga ke empat pelajar ini dapat menerima segala ilmu yang ditimba sepanjang berada disini untuk digunakan kelak. 

Selamat Maju Jaya!





 
 22 hingga 31 Oktober 2012
Kuiz Silang Kata
 
 
10 hingga 30 September 2012
Pertandingan Kuiz Kemerdekaan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 dan sambutan Hari Malaysia 2012 
 
1-30 Julai 2012 
Pendidikan Pengguna OPAC Sempena Kemasukan Pelajar Baru sesi Jun 2012
 
16 hingga 20 April 
 Minggu Pengampunan Lewat Pulang Buku
 
 
Pesta Buku POLISAS 2012
17 Januari 2012



Pameran dan jualan buku sedang diadakan bermula 17 hingga 20 Januari 2012 di Dewan Seri Makmur POLISAS yang melibatkan 10 syarikat pembekal bersempena Majlis penyerahan baucar 1Malaysia secara simbolik disampaikan oleh Datuk Haji Mohlis bin Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia kepada Mej. (K) Dato’ Haji Abu Bakar Ahmad, Pengarah POLISAS yang disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang pada 17 Januari 201.
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob kemudiannya turut menyampaikan BB1M kepada 142 orang pelajar Diploma Teknologi Makanan, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal dan Perdagangan bertempat di Dewan Sri Makmur, POLISAS. Pengagihan BB1M kepada pelajar adalah menerusi penasihat akademik di jabatan masing-masing.

0 comments:

Post a Comment