Pengenalan

Perpustakaan POLISAS adalah unit yang bertanggungjawab membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan kepada semua penggunanya. Mula beroperasi pada sekitar tahun 1983, serta diletakkkan dibawah Unit Pusat Sumber, perpustakaan sementara ini ditempatkan di tingkat bawah bangunan blok A, dan akhirnya pada tahun 2004 berpindah ke bangunan  khusus yang lebih selesa. Bangunan perpustakaan 2 tingkat yang mempunyai keluasan lantai 1080 meter persegi serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan  dapat menampung 400 orang pengguna pada satu masa. Perpustakaan POLISAS menggunakan Sistem Pengkelasan Library of Congress (LC) yang berasaskan abjad. Bagi pengoperasian sistem perpustakaan, unit perpustakaan menggunakan KOHA bagi Sistem Perpustakaan Bersepadu atau ILS.

VISI
Membangunkan Koleksi Berkualiti Serta Memberi Perkhidmatan dan Kemudahan Yang Efisyen, Sistematik dan Mesra Pelanggan.

MISI
Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran dan Pengajaran Serta Penyelidikan Melalui Teknologi Terkini Bagi Melahirkan Tenaga Kerja Separa Profesional yang Berilmu Pengetahuan.