Perkhidmatan Pinjaman Kelompok



Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok

* Perpustakaan POLISAS menyediakan Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP).
* Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok bermaksud pihak jabatan / institusi / sekolah boleh meminjam sebanyak 300    naskhah buku daripada PPAP dalam jangka masa 3 bulan.
* Diharapkan dengan adanya aktiviti pinjaman berkelompok ini, lebih ramai pengguna di POLISAS akan membuat  pinjaman buku di Perpustakaan POLISAS.   

 PERATURAN-PERATURAN PINJAMAN BERKELOMPOK

  1. Mereka yang layak membuat pinjaman adalah YANG TELAH BERDAFTAR sebagai ahli Perpustakaan POLISAS.
  1. Bilangan buku yang dibenarkan adalah sebanyak 2 buah dalam masa seminggu.
  1. Pengguna perlu memulangkan buku yang dipinjam dalam tempoh yang telah ditetapkan.
  1. Pembaharuan boleh dilakukan selama sekali sahaja dan tempoh masa yang diberi adalah seminggu.
  1. Selepas pembaharuan kali pertama, pengguna tidak dibenarkan membuat pembaharuan untuk kali kedua.
  1. Untuk tujuan pembaharuan, pengguna perlu membawa buku-buku tersebut ke Perpustakaan untuk kemaskini.
  1. Pengguna adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan buku-buku yang dipinjamnya. 
  1. Pengguna adalah bertanggungjawab untuk membayar denda dan gantirugi bagi buku-buku yang hilang atau rosak dalam pinjaman berdasarkan Akta Perpustakaan Negara 1972 ; Peraturan-Peraturan Perpustakaan Negara (Bayaran Dan Denda) 1993, P.U (A) 295, Jadual Kedua (Peraturan 3), Perkara 2 iaitu dikenakan denda dua kali harga asal atau semasa sumber mengikut mana-mana yang lebih tinggi. 
  
 *Nota : Untuk melihat senarai buku pinjaman berkelompok, sila klik pada link 
 di bawah ini :-

 *SENARAI YANG DIKEMASKINI SEHINGGA SEPTEMBER 2018

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.