Peraturan & Denda

PERATURAN PERPUSTAKAAN
1. Bahan yang tidak boleh dibawa masuk :
  • Buku yang telah dipinjam
  • Suratkhabar dan majalah persendirian.
2. Penggunaan telefon bimbit adalah dalam mode 'senyap'
3. Dilarang berbual dan membuat bising di dalam perpustakaan.
4. Tidak dibenarkan makan dan minum, tidur, merokok, meludah dan membuang sampah merata-rata.
5. Dilarang mengubah susun atur kerusi/meja dan perabot di dalam perpustakaan.
6. Dilarang mengoyak, menconteng, merosakkan dan menghilangkan bahan perpustakaan. Sekiranya ditangkap/dikesan tindakan tatatertib akan diambil dan pengantian bahan tersebut oleh pengguna(ganti baru).
7. Keahlian tidak boleh berpindah milik (menggunakan identiti individu lain) dan keahlian akan tamat setelah tamat pengajian(pelajar) / tamat perkhidmatan(kakitangan) di POLISAS.
8. Sila gunakan loker berkunci yang disediakan. Barang berharga adalah dilarang sama sekali disimpan di loker yang disediakan. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan barang anda.
9. Penggunaan komputer riba dibenarkan, sila rujuk kaunter perkhidmatan.



DENDA & TINDAKAN TATATERTIB
Kelewatan memulangkan bahan akan dikenakan DENDA dengan kadar :-
1. Bahan perpustakaan - 30 sen sehari dari tarikh pemulangan.
2. Tidak memulangkan buku/bahan - RM50.00 & Gantian.
3. Bahan yang hilang (3 bulan tanpa dikesan) dan tiada gantian dibuat - 2 kali ganda harga bahan tersebut.
4. Merosakkan buku/bahan - RM10.00
5. Bising/ menganggu ketenteraman - RM10.00.
6. Bahan yang tidak dipulangkan bagi setiap semester - Penahanan Slip Peperiksaan sehinggalah bahan koleksi dipulangkan beserta bayaran denda bagi pelajar. 
7. Sekiranya bahan koleksi yang dipinjam masih juga gagal dipulangkan tanpa maklumbalas dari pada peminjam (3 kali Notis Makluman), tindakan pemotongan gaji boleh dilaksanakan bagi kakitangan.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.