Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok
* Perpustakaan POLISAS
menyediakan Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP).
* Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok bermaksud pihak
jabatan / institusi / sekolah boleh meminjam sebanyak 300 naskhah
buku daripada PPAP dalam jangka masa 3 bulan.
* Diharapkan dengan adanya aktiviti pinjaman
berkelompok ini, lebih ramai pengguna di POLISAS akan membuat pinjaman buku di Perpustakaan POLISAS.
PERATURAN-PERATURAN PINJAMAN BERKELOMPOK
- Mereka yang layak membuat pinjaman adalah YANG TELAH BERDAFTAR sebagai ahli Perpustakaan POLISAS.
- Bilangan buku yang dibenarkan adalah sebanyak 2 buah dalam masa seminggu.
- Pengguna perlu memulangkan buku yang dipinjam dalam tempoh yang telah ditetapkan.
- Pembaharuan boleh dilakukan selama sekali sahaja dan tempoh masa yang diberi adalah seminggu.
- Selepas pembaharuan kali pertama, pengguna tidak dibenarkan membuat pembaharuan untuk kali kedua.
- Untuk tujuan pembaharuan, pengguna perlu membawa buku-buku tersebut ke Perpustakaan untuk kemaskini.
- Pengguna adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan buku-buku yang dipinjamnya.
- Pengguna adalah bertanggungjawab untuk membayar denda dan gantirugi bagi buku-buku yang hilang atau rosak dalam pinjaman berdasarkan Akta Perpustakaan Negara 1972 ; Peraturan-Peraturan Perpustakaan Negara (Bayaran Dan Denda) 1993, P.U (A) 295, Jadual Kedua (Peraturan 3), Perkara 2 iaitu dikenakan denda dua kali harga asal atau semasa sumber mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
*Nota : Untuk melihat senarai buku pinjaman
berkelompok, sila klik pada link
di bawah ini :-
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.