Pengetahuan Am / Maklumat Semasa




Buku Irshad keliru syariah

Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2012/05/25

 

PEGAWAI penguat kuasa JAWI, Izhar Mat Amin mengumpul  buku Allah, Kebebasan & Cinta versi bahasa Melayu dan Inggeris tulisan Irshad Manji yang diharamkan.
PEGAWAI penguat kuasa JAWI, Izhar Mat Amin mengumpul buku Allah, Kebebasan & Cinta versi bahasa Melayu dan Inggeris tulisan Irshad Manji yang diharamkan.


Penerbit pertikai JAWI, cadang ambil tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku Allah, Liberty & Love serta versi terjemahan bahasa Melayu, Allah, Kebebasan dan Cinta. Keputusan dibuat berdasarkan laporan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mendapati ia mengandungi unsur yang boleh mengelirukan orang awam serta menyalahi syariah yang ditetapkan al-Quran dan hadis. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, berkata kandungan buku tulisan Irshad Manji itu juga boleh menggemparkan fikiran orang ramai serta memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam, manakala perintah larangan dibuat berdasarkan Seksyen 7 Subseksyen 1 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

Antara unsur mengelirukan dan menyalahi syariah adalah:
  • Perkahwinan campur antara Islam dan bukan Islam sebagai sesuatu yang harus yang boleh menjurus kepada pluralisme;
  • Penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang boleh mencemar kesucian Islam;
  • Mempertahankan fahaman sekularisme dengan mencampur-aduk nilai akidah dan
  • Solat fardu lima waktu boleh didirikan dalam pelbagai pergerakan dan bahasa serta dilakukan lebih lima kali sehari.

Abu Seman berkata, ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang awam mengenai solat, selain mendorong pemikiran kepada logik akal semata-mata dalam ijtihad dan menolak konsep ijmak yang dikhuatiri menggalakkan interpretasi hukum agama yang tidak berpegang kepada nas al-Quran dan hadis.

Berita Harian semalam melaporkan JAKIM memutuskan buku itu bertentangan dengan ajaran Islam. Berikutan itu, JAKIM mengemukakan perakuan kepada KDN meminta penjualan buku karya warga Kanada kelahiran Uganda itu diharamkan. Kelmarin, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merampas tujuh buku berkenaan termasuk tiga versi bahasa Inggeris dan empat versi bahasa Melayu di sebuah kedai buku di ibu negara.

Sementara itu, penerbit buku dalam versi Bahasa Melayu, ZI Publications Sdn Bhd mempertikaikan rampasan buku oleh JAWI yang didakwa dibuat tanpa mengikut lunas undang-undang. Pengarahnya, Ezra Zaid, berkata pihaknya sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang termasuk memfailkan saman untuk semakan kehakiman terhadap JAWI, selain tuntutan ganti rugi.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI, Wan Jaapar Wan Ahmad, berkata JAWI mempunyai kuasa merampas buku itu yang dijual di sekitar Kuala Lumpur mengikut Sekyen 13, Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang melarang mana-mana pihak mencetak, menyiar, menerbit, merakam dan mengedar buku berkenaan selepas didapati bertentangan dengan syarak.
Berita Harian Online (Nasional) : 25 Mei 2012

Bagi mendapatkan maklumat penuh senarai Penerbitan Haram yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri boleh melalui Portal KDN, atau  klik




LOGO HALAL MALAYSIA DAN JUGA LOGO HALAL ANTARABANGSA yang di iktiraf oleh JAKIM 2012

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf



7 Keajaiban Senibina di Malaysia

MENYENTUH isu struktur dan seni bina, kita tidak dapat lari daripada membicarakan mengenai tujuh perkara ajaib di dunia. Bagaimanapun, mungkin tidak ramai daripada kita yang sedar, negara kita juga mempunyai tujuh seni bina 'ajaib'.

Mungkin terlalu jauh untuk kita bandingkan dengan tujuh keajaiban yang terkenal di dunia, tetapi sebagai sebuah negara yang masih muda, Malaysia patut berbangga kerana mempunyai struktur-struktur binaan yang menakjubkan.

Antara tujuh struktur binaan yang boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang menakjubkan di negara ini ialah:


1.Menara berkembar Petronas (KLCC)

Apa: Bangunan berkembar yang menjadi salah satu daripada kebanggaan rakyat Malaysia ini memuatkan pejabat dan juga pusat membeli belah tumpuan ramai.

Kedudukan: Di tengah bandar raya Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini direka bentuk oleh Ceasar Pelli, hasil ilham dari bentuk geometri Islam. Bangunan ini diperbuat daripada konkrit, besi dan kaca. Bangunan setinggi 452 meter ini merupakan bangunan kembar tertinggi di dunia dengan 88 tingkat bagi setiap bangunan. Bangunan ini disambung di tengahnya oleh sebuah jambatan.

Menakjubkan: Menara berkembar ini dilengkapi dengan 32,000 buah tingkap, 29 buah lif laju dan 10 buah tangga bergerak di setiap bangunan.



2.Putrajaya

Apa: Pusat pentadbiran kerajaan bercirikan bandar dalam taman dan bandar pintar

Kedudukan: Meliputi kawasan seluas 4,581 hektar di Prang Besar, Sepang, Selangor.

Fakta: Mula dibina pada 16 April 1995. Fasa pertama pembinaannya termasuk Pejabat Perdana Menteri siap pada tahun 2000. Pembinaan Putrajaya dijangka siap sepenuhnya dalam jangka masa 15 tahun bermula tahun pembinaanya pada 1996. Kawasan ini dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu kawasan pusat dan kawasan persekitaran. Kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh sebuah tasik besar. Kawasan pusat menempatkan pejabat-pejabat kerajaan yang dibahagikan kepada lima prisin iaitu prisin kerajaan, komersial, sivik dan kebudayaan, pembangunan bercampur dan sukan serta rekreasi. Kawasan persekitaran pula mempunyai 14 kawasan perumahan.

Menakjubkan: Apabila siap sepenuhnya, Putrajaya dijangka akan mempunyai 67,000 buah rumah di sekitarnya dengan populasi 330,000 orang.


3.Menara Kuala Lumpur

Apa: Menara keempat tertinggi dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara

Kedudukan: Bukit Nanas, Kuala Lumpur

Fakta: Menara Kuala Lumpur yang mengambil masa pembinaan empat tahun bermula pada 1992 ini direka bentuk khusus supaya dapat menahan kelajuan dan tekanan angin sehingga 144.5 km sejam. Berat keseluruhan menara konkrit ini ialah 100,000 tan dengan ketinggian 421 meter. Ia dibina menggunakan 45,000 meter padu konkrit kukuh dan 1,300 struktur keluli. Menara ini mempunyai 2,058 anak tangga.

Menakjubkan: Lif di bangunan ini mempunyai kelajuan sehingga 9.6 km/saat dan ia mampu sampai ke menara dalam masa kurang daripada seminit iaitu lebih kurang 54 saat.

4. Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 

Apa: Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah antara lapangan terbang terbesar dan termaju di dunia.

Kedudukan: Kira-kira 50 kilometer di selatan Kuala Lumpur dan meliputi kawasan seluas 10,000 hektar.

Fakta: KLIA yang disiapkan dalam jangka masa yang singkat iaitu empat setengah tahun ini melibatkan 25,000 tenaga kerja dengan kos RM13.3 bilion. Lapangan terbang ini mempunyai 46 pintu jejantas aero, dua landasan tercanggih dan 106 stesen kapal terbang berbanding Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang mempunyai hanya 14 jejantas aero dan 44 stesen kapal terbang. Dinding bangunan KLIA bukan diperbuat daripada batu bata seperti sebelum ini, sebaliknya daripada besi geometri yang menampung kaca bagi membolehkan pemandangan dapat dilihat dari luar tanpa sebarang gangguan.

Menakjubkan: Terdapat kira-kira 1,300 kamera televisyen keselamatan di seluruh lapangan terbang ini.


5.Menara Condong Teluk Intan

Apa: Menara jam yang dibina oleh seorang kontraktor, Leong Chonn Chong pada tahun 1885 dengan tujuan asal menyimpan air.

Kedudukan: Di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak.

Fakta: Bentuknya seperti sebuah pagoda. Dari luar ternampak seolah-olah menara ini adalah bangunan lapan tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat tiga tingkat sahaja. Di tingkat atas sekali terletak tangki air yang boleh memuatkan 19.26 meter padu air. Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan sehingga kini. Bagaimanapun, apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali sebagai Menara Condong. Bangunan ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 4.6 meter. Struktur bangunan ini dibuat daripada batu dan kayu dan setiap tingkat dilengkap dengan lorong jalan kaki. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 12.9 meter 43 kaki dan menguncup ke atas 8.1 meter.

Menakjubkan: Kerana keunikannya, Menara Condong Teluk Intan ini juga dikenali sebagai Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pissa di Itali.


6.Jambatan Pulau Pinang

Apa: Sebuah jambatan yang menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang. Jambatan ini merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan negara dan merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di Asia.

Kedudukan: Antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Fakta: Hasrat untuk membina jambatan sepanjang 13.5 km ini telah mula diilhamkan sejak tahun 1971 lagi. Setelah beberapa rundingan dilakukan, jambatan yang mula dibina pada 1982 dengan kos RM850 juta ini menjadi kenyataan pada September 1987. Pembinaanya dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Rentang utamanya sepanjang 225 meter dibina menggunakan kaedah cable stayed girder. Lokasi tertingginya dari paras laut ialah 32 meter. Jambatan ini dibina dengan empat lorong dan dilebarkan kepada enam lorong di bahagian rentang utamanya. Jambatan ini mempunyai dua buah persimpangan bertingkat dan sebuah tol plaza.

Menakjubkan: Jambatan ini boleh menampung 100,000 kenderaan sehari.


7. Bangunan Sultan Abdul Samad

Apa: Bangunan utama yang didirikan di Kuala Lumpur yang ketika itu hanya mempunyai rumah-rumah kedai yang kecil. Bangunan ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kedudukan: Jalan Raja, Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini meliputi dua bangunan berkembar dengan ketinggian 17.1 meter dan meliputi 10,200 meter persegi. Pembinaannya mengambil sempena nama Sultan Selangor keempat iaitu Sultan Abdul Samad yang memerintah ketika itu (1859 - 1898). Bangunan ini dilengkapi dengan menara berkubah tembaga dan mempunyai menara jam setinggi 130 meter.

Menakjubkan: Sebuah kilang telah diwujudkan khusus bagi membekalkan empat juta bata merah dan juga bahan-bahan pembinaan lain seperti kayu, simen, batu kapur, tembaga dan besi untuk membina bangunan ini.

* Artikel ini diambil di laman web estidotmy Online




48 Interesting Facts About Malaysia


 


1. TUNKU Abdul Rahman first announced the date of Malaya's Independence at Padang Pahlawan in Bandar Hilir, Malacca, on Feb 20, 1956.

2. MALAYSIA'S first experiment with national service was in 1962, during the Indonesian Confrontation. Youths between 21 and 28 were eligible for a two-year call-up.

3. LEMBAH Bujang in the foothills of Gunung Jerai is believed to be the location of an old Malay Langkasuka empire, holding ruins that may date back 1,500 years.

4. "TUN" is the most senior federal title and there can be no more than 25 living recipients at any one time.

5. THE village of Wang Kelian in Perlis is the only place in the world where large-scale cave tin-mining was conducted.

6. THE largest cave chamber in the world is the Sarawak Chamber in Gunung Mulu National Park in Sarawak, which can easily accommodate a Boeing 747-200.

7. MALAYSIA shares with Qatar the world's lowest death rate of respiratory diseases, at 7.5 death per annum per 100 000 people.

8. TANJUNG Piai in sounthern Johor is the southernmost tip of continental Asia.

9. SABAH is home to the Rafflesia, the lagest flower in the world.

10. The Malaysian flag was adopted on Sept 16,1963. The flag was designed by Mohamed Hamzah, a 29-year old Public Works Department architect in Johor Baru who entered a design competition with two designs.

11. KUALA Kangsar district office is the site of the last surviving rubber tree from the original batch H. N. Ridley brought from London's Kew Gardens in 1877.

12. CHINESE documents written as far back as the 6th century refer to Kelantan as "Ho Lan Tan" and other names like "Tan-Tan" or "Chich Tu"

13. MALAYSIA has 65,877 km of highway. This is more than the Earth's circumference of 40,075 km.

14. There are more than 60 sub-ethnic groups in Sabah and Sarawak.

15. CINEMA came to Malaya in 1933 with the screening of Laila Majnum, based n a Sanskrit play of two ill-fated loves, directed by B.S. Rajhans and produced by the Singapore-bsed Motilal Chemical Company.

16. BURSA Malaysia, formerly known as the Kuala Lumpur Stock Exchange, dates back to 1930 when the Singapore Stockbroker's Accociation was set up to deal in securities in Malaya.

17. THE Belum rainforest has more Malayan tigers per square kilometer than any other animal sanctuary here.

18. THE largest insect egg in Malaysia comes from the 15 cm Malaysian Stick Insect (Heteopteryx dilitata), which lays eggs that measure 1.3 cm, making them larger than a peanut.

19. TUN Abdul Razak Hussein and Tun Hussein Onn, Malaysia's second and third prime ministers respectively, were among the more well known students of Silat Seni Gayong.




21. NASI Kandar, a dish unique to Malaysia and brought my the imgrating Indian Muslims, is the favourite food of many Malaysians. The best is in Penang and everyone has their favourite dishes. Among the top raned outlets are the Kampong Melayu Flats in Air Hitam, Line Clear in Penang Road and opposite the market in Jelutung.

22. THE Bintagor trees, found only in Sarawak, is believed to contain properties that could help fight the virus that causes AIDS. 

23. MALAYSIA produces a meagre 15 feature films annually but churns out 300 to 400 televsion dramas and seials. There are 250 movie theathres and cineplexes nationwide.

24. ONLY 0.85% of 218,004 people in Malaysia use broadband services.

25. THE largest undivided leaf in the world, Alocasia macrorrhiza, comes from Sabah. A specimen found in 1966 was 3.02 metres long and 1.92 metres wide.

26. The life expectancy of Malaysian men and women in 1957 was 55.8 years and 58.2 years respectively. Today, it is 71 for men and 74 for women.

27. MALAYSIA is home to 14,500 species of flowering plants and trees, more than 200 species of mammals, 600 species of bids, 140 species of snakes and 60 species of lizards.

28. LOCAL time has been adjusted on several occasions. On Dec 31, 1932, clocks were adanced by 20 minutes to "lengthen" daylight; Sept 1, 1941, sped up another 10 minutes; 1942, fast forwarded two hours to follow Tokyo time; 1945, reverted to the time observed in 1941, and on Jan 1, 1982, pushed forward 30 minutes so that Sabah, Sarawak and the peninsula followed Malaysian Standard Time.

29. SIPADAN Island off Sabah is one of the worlds top diving spots.

30. MALAYSIA has 18 ports : Bintulu, Kota Kinabalu, Kuantan, Kuching, Kudat, Labuan, Lahad Datu, Lumut, Miri, Pasir Gudang, George Town, Port Dickson, Port Kelang, Sandakan, Sibu, Tanjung Berhala, Tanjung Kidurong and Tawau.

31. KOTA Baru was the landing point for the Japanese invasion of Malaya during World War II in 1941. Riding bicyles, Japanese soldiers took an amazing 45 days to reach Singapore.

32. AT 421 metres high, the Kuala Lumpur Tower is the fourth tallest in the world and tallest in Southeast Asia.

33. PENANG'S St. George Church, built in 1818, is the oldest Anglican church in Southeast Asia.

34. CAPTAIN Tristram Speedy, who was acting Bitish Resident for Perak, was responsible for bringing in the first batch of 110 Sikhs to Malaya in 1873.

35. THE first railroad in Malaya was between Port Weld (now Kuala Sepetang) and Taiping, built by the British in 1885 and covering a distance of 13.6 km.

36. MANY global brands are produced in Malaysia, including Intel Pentium chips and Brooks Brother's shirts.

37. BANK Negara (Malaysia's Central Bank) has been managed by six governors since its establishment in 1959.


38. The spiritual pop group Raihan holds the record for the best-selling local album, 700,000 units of their Puji-Pujian album in 1996.

39. THE longest King Cobra in the world, measuring 5.54 metres, was captured alive in Port Dickson in April 1937 but later grew to 5.71 metres in captivity in London Zoo.

40. THE Penang Bridge is the third longest in Asia at 13.7 km

41. DR. Mani Jegathesan became the first Malaysian to win the Asian Games gold medal in the 1962 Games in Jakarta.

42. THE country's only Jewish cemetery is in Penang, in Jalan Zainal Abidin, with 120 graves.

43. THE Sungai Besi airport (now an RMAF base) was the county's first international airport.

44. The first five general elections after the Barisan Nasional's frmation were always held in a World Cup year: 1974 (Germany), 1978 (Argentina), 1982 (Spain), 1986 (Mexico) and 1990 (Italy). This tradition ended at the next polls/tournament.


45. The word ringgit means "jagged" in Malay, and originally referred to the seperated edges of Spanish silver dollars widely circulated in the region.

46. KELANTAN holds the record for the largest number of flood evacuees : 33,000 in 1982.

47. SEVENTEEN-YEAR-OLD Kok Shoo Yin became the first Malaysian citizenship certificate holder when he received the document on Nov 14, 1957.


48. The Mapping and Survey Department has been maintaining the Sultan Abdul Samad Clock Tower for 108 years.

http://www.kgomez.com/malaysia/

1 comment: